Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Friday 18 November 2011

SIARAN TERLEWAT : MEJAR WERAR SULEIMAN ALI JUARA DANCON MARCH UNIFIL

Dari Kapt. Masrina di Lubnan

MALCOY 7 LAHIRKAN WIRA NEGARA


Sel Perhubungan Raya, J7 MK MALCOY 7  telah mengeluarkan kenyataan berikut:

Kem Kawkaba, Lubnan: Pegawai Staf J3 MALCOY 7, Mejar Werar Suleiman Ali merangkul kejuaraan sebagai pemenang pertama dari Negara - negara Asia dalam pertandingan DANCON March UNIFIL  di Naqoura dengan jarak larian 23 KM  bersama beban seberat 10KG mencatat tempoh kurang 4 jam. Penyertaan 18 orang peserta dari MALCOY 7 dan MALBATT 4 memberi saingan rapat kepada  200 orang peserta dari  9 buah negara – negara UNIFIL lain.

Larian bersama Bendera Malaysia semasa DANCON March UNIFIL pada jarak 23KM bersama 10KG beban, Mejar Werar Suleiman Ali peserta dari MALCOY 7 mendahului senarai sebagai pemenang pertama dari Negara – negara Asia dengan catatan masa kurang 4 jam di Naqoura, Lubnan
DANCON March adalah merupakan tradisi Angkatan Tentera Denmark semenjak tahun 1972 yang di teruskan di beberapa buah negara seperti Kosovo, Iraq, Afghanistan, Lunan dan Gulf of Aden dengan jarak 25 KM atau 100 KM bersama beban sebanyak 10 KG. Penyertaan adalah dari penduduk tempatan dan anggota tentera.

Ditemubual Mejar Werar berkaitan perkara yang mendorong beliau sehingga mencapai kejayaan walau pada usia lebih 40 tahun. Beliau menjawab bahawa rancangan latihan yang berterusan, konsisten dan bersistematik yang diamalkan sejak DANCON March UNIFIL pertama dipertandingkan, awal Ogos 2011 menjadi faktor utama kejayaan beliau dan tindakan tepat beliau menjadikan Pertandingan DANCON March UNIFIL sebagai pemangkin kearah mendapatkan kesihatan yang baik.

KEJAYAAN DI TANGAN MALCOY 7 Pemenang nombor satu dari Negara – negara Asia DANCON March UNIFIL, Mejar Werar Suleiman Ali peserta dari MALCOY 7 bergambar bersama dengan pingat dan sijil kemenangan setelah menamatkan larian sejauh 23KM dengan catatan masa kurang 4 jam di Naqoura, Lubnan.
Turut mendapat perhatian Komander MALCOY 7, Lt Kol Hassim Mat berkaitan kejayaan tersebut. Beliau amat berbangga dengan pencapaian yang telah dibuktikan oleh Mejar Werar dan menggalakkan anggota - anggota lain mencontohi Mejar Werar bagi mengharumkan nama negara walau dimana berada.

6 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. ini la kehebatan tentera kita. Pak Man memang lihat kita profesional dalam banyak aspek. Mantap dan teruskan

    ReplyDelete
  3. tahniah tuan werar.. dari kenalan vto ipda (Sjn Roslan Abdul Mooti - Fm IJED).. ingat lagi kata2 tuan.. kita takkan pandang kebelakang.. PT 10 (110 kali)

    ReplyDelete
  4. idoop malaysia............malaysia boleh....melayu boleh

    ReplyDelete
  5. TAHNIAH TUAN,
    DARIPADA FLOORMATE SELADANG KOLEJ 7...apai

    ReplyDelete