Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Monday 5 March 2012

PROSPEK KERJAYA UNGGUL UNTUK BEKAS TENTERA

Layari Laman Web PERHEBAT di SINI
Kolej komuniti di negara ini wajar menjadi tonggak menyediakan latihan tenaga kerja berkemahiran bagi bekas-bekas tentera yang berpotensi melonjakkan ekonomi negara. Kolej komuniti yang mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat setempat perlu telah terbukti dalam menyediakan tenaga kerja selaras dengan dasar komprehensif pembelajaran sepanjang hayat yang diperkenalkan kerajaan. Pelan Induk Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Nasional 2011-2020 telah dilancarkan pada 14 Nov tahun lepas dengan objektifnya untuk menjadikan pembelajaran sepanjang hayat sebagai satu gaya hidup masyarakat Malaysia bagi melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran.

Perjanjian persefahaman antara Kementerian Pengajian Tinggi dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) di Kolej Komuniti Segamat baru-baru ini sejajar dengan usaha pihak kerajaan dalam menaik taraf mutu kehidupan bekas tentera dengan  melatih anggota tentera yang bakal bersara mendapat kemahiran.

Kerjasama produktif antara kolej komuniti dan sektor swasta akan memudahkan bekas tentera dalam pengaliran pengetahuan dan menggalakkan pembangunan rangkaian bagi penciptaan, pengedaran dan penyebaran pengetahuan dan seterusnya memenuhi tuntutan industri dan melatih mereka menjadi usahawan.

PERHEBAT dengan  kerjasama melalui MoU (Memorandum Persetujuan) sekurang-kurangnya untuk tempoh 10 tahun akan datang dapat menyediakan latihan tenaga mahir kepada mereka yang boleh diikuti bakal pesara.PERHEBAT turut telah menandatangani MoU dengan Jabatan Laut, Bousted Naval Shipyard (BNS), Sublime/Meta, Robert Bosch, Security Plus, City & Guilds dan Training Welding Institute (TWI) yang  akan menyediakan peluang kepada bakal dan pesara ATM melanjutkan pengajian selain mendapatkan kelayakan bersesuaian bagi membantu meningkatkan taraf ekonomi keluarga dan negara.








Bukan calang-calang syarikat yang bersedia mengambil bekas tentera 
untuk bekerja dengan mereka..Fuhhh.

p/s: Ada bekas tentera di Boustead Naval Shipyard yang tidak tahu erti 'bersyukur' kerana menjadi duri dalam daging pada perkhidmatannya dahulu dengan menjadi blogger, tali barut dan kuda tunggangan pihak pembangkang. Blognya penuh dengan kata-kata kesat, fitnah, mencaci dan bermacam-macam lagi seolah-olah lupa kopiahnya masih melekat di kepala. 

Bersyukurlah dengan peluang kerjaya yang diberikan oleh Allah. S.W.T. Masih ada peluang untuk bertaubat wahai .........................

1 comment:

  1. http://bacajela.blogspot.com/2012/03/boeing-delivers-1st-p-8a-poseidon.html

    ReplyDelete