Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Monday, 17 December 2012

1MVRP HADIAH UNTUK VETERAN ATM - MASIH ADA YANG MENUNGGU KOBAT & KERABAT?

Alhamdulillah....


Kehadiran PM disambut oleh ribuan bekas tentera dan
orang ramai semasa pelancaran  1MVRP

Pengumuman Program Pengiktirafan Veteran 1Malaysia (1MVRP) yang menggariskan 7 inisiatif baru bagi membela nasib dan kebajikan kira-kira 300,000 bekas tentera dan keluarga mereka telah diumumkan sebelum ini telah memberi kelegaan kepada golongan tersebut. Inisiatif-inisiatif yang mengambil kira aspek kebajikan secara menyeluruh akan dapat dimanfaatkan bersama kepada segenap kelompok bekas tentera. Program berkenaan turut membuka laluan pertambahan peluang pekerjaan dimana beberapa syarikat (GLC) telah bersetuju untuk menyerap masuk  bekas tentera ke syarikay masing-masing. Boustead Holdings telah bersetuju untuk menyediakan sejumlah 267 pekerjaan dan Sime Darby membuka 371 peluang pekerjaan. Selain itu, hampir 4300 kekosongan jawatan dijangka akan disenarai tidak lama lagi. 


Veteran Komando dan PM Najib

7 Inisiatif berkenaan ialah:

1. Program Penempatan Kerja
2.Program Bimbingan Usahawan
3. Menigkatkan Penerimaan Latihan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera oleh Industri
4. Kad Privilege 1Malaysia
5. Pusat Sehenti Veteran 1Malaysia
6. Pembangunan Keluarga Veteran 1Malaysia
7. Membaikpulih dan Membina Rumah Veteran 1Malaysia


1MVRP dilaksanakan mengikut Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS7)

Inisiatif-inisiatif yang disenaraikan diatas merangkumi:


a) Program bimbingan usahawan menerusi penawaran francais dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

b) Meningkatkan penerimaan latihan oleh Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) oleh industri. Kerajaan menyediakan peruntukan awal RM3.5 juta yang diuruskan PERHEBAT dan dikawal selia oleh Tekun Nasional.

c) Penerimaan Kad Bekas Tentera (KBT) yang diiktiraf sebagai Kad Privilege 1Malaysia yang membolehkan veteran tentera membeli produk dari 282 syarikat pada harga diskaun.

d) Pusat Sehenti Veteran 1Malaysia di 31 kem atau pangkalan tentera. Veteran tentera akan mendapat kemudahan akses malumat, pertolongan dan bantuan yang boleh diberikan kepada mereka.

e) Program Pembangunan Keluarga veteran 1Malaysia bertujuan meningkatkan pendapatan keluarga veteran ATM terutama yang berpendapatan rendah. Keluarga seperti balu, anak dan waris terdekat boleh menjana pendapatan yang lebih baik dan stabil. Inisiatif yang dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) meliputi program 1AZAM yang meluputi Azam Kerja dan Azam Niaga.


f) Program Membaik Pulih dan Membina Rumah Veteran 1Malaysia dilaksanakan menerusi Kor Jurutera Diraja manakala peruntukan disediakan oleh Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU). Anggaran 49 buah rumah dibina atau dibaik pulih tahun ini manakala 100 buah rumah disasarkan untuk tahun depan.

Masih terlalu banyak hendak saya senaraikan segala macam bentuk kemudahan, inisiatif dan peluang yang disediakan oleh kerajaan kepada bekas tentera. Saya bukanlah hendak berkempen disini cuma disini jelas janji siapakah yang benar-benar realiti dan siapakah yang menaburkan janji-janji fantasi. Selain itu, bekas tentera turut disarankan untuk menggunakan peluang-peluang perniagaan bagi menaiktaraf kehidupan keluarga masing-masing. 

Jika masih ada yang menunggu janji-janji fantasi KERABAT dan KOBAT PR dan kumpulan-kumpulan serpihan kedua-dua pertubuhan haram tersebut, maka ia sama seperti menunggu bulan jatuh ke riba...tunggu..tunggu dan tunggu.....fikir-fikirkan lah... 

1MVRP terbentang didepan mata anda....






16 comments:

  1. Visit Freemalaysiakini2.com No subscription needed.

    ReplyDelete
  2. Mintak Maap yg ampunya Blog...gua respek lu..walaupon AW...tp mungkin lu cumo dok di bawah pohon yang rendang sahaja...memang baguih sokong 'Dacing' nie...tp oleh kerana nak pilihanraya baru nak bagi...kheeekkk thuuuiiiii..!!..dah berapa zaman KVTTB mintak utk yg tak berpencen...tak dapek...nelayan RM200/month...Taxi Driver ado peruntukkan...utk yg tak berpencen hahahaha..bagi gula-2 RM1000/one off....KOMINIS dapek tanah + serba serbi...hahahaha...klu ikut hati memang banyak aku nak komen...mintak Kursus kat PERHEBAT under PPSEV...RM10k...tak approved....pasai apa depa bagi peruntukkan RM4.5 mil dari RM50 mil kat golongan berpencen..padahal duit tu khas utk golongan yg tak berpencen....hahaha...takyah larrr AW...setia..setia jugak bro...tp welfare selepas tamat service kena di ambik kira,,,,wkwkwkwk...sori emo skit...wkwkwk

    ReplyDelete
    Replies
    1. sokonggggggggg!!!!!!!!!!!!!!

      Delete
  3. Anon 13.02,
    Sapa suruh hang berhenti sebelum 21 tahun,lepas tu nak melalak tak tentu pasal.Orang lain masuk hutan juga tapi bolih habis 21 tahun,sepatut hang bersyukur dapat 1k,.Hng jgn kutuk AW ni,kalau tidak ada dia orang yang dulu buat kerahan,Leboh Raya Timor Barat dari Grik ke Jeli tu entah bila siap.Malah Pbt Elias yg baru dikerah tak sampai 3 bulan dapat bunoh 3 orang bandits.Jgn emo sangat skot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak mengutuk,agak agak la bro,zaman hang pa,depa merayu suruh masuk askar,kadang2 lagi 3 bln nak ttp pun buleh samb balik.skrang ni,silap sikit kena suruh berenti,gemok punya hal,BMI lebih kena berenti.Awal 90an bila gaji kerja kilang mahal,org dah tak mau masuk askar,sampai merayu suruh masuk askar.la ni gaji askar dah mahal,sebab tu la salah sikit kena berenti,bukan depa nak berenti,so cakap pakai akai la,jgn tangkap muat..tapi pelik..yg pandai pantun n sajak dgn pegawai..bole plak nyambung..siap kepala tali pinggang pon dah tak nmpk..huhuhuHUDUH..

      Delete
  4. gua taniah sama lu. Walau pun dari dulu hingga la ni asyik dok jaga piring terbang di-awan dan ikan di-tasik,lu juga pakai celoreng. Tahun 70an pernah duduk kat kem Banding ke? Kalau pernah, gua taniah sama lu.
    Gua pernah buat operasi kat situ 2 bulan. Gua RAMD.
    Kita kawan, jangan gado-gado,kutuk-kutuk.
    Terima kasih.Salam tangan. VETERAN TASIK BANDING.














    ReplyDelete
  5. Anon 17.57
    Saya bukan AW tetapi RAMD juga .Kita selalu beroperasi kat L/R Timor Barat selama 2-3 Bulan saja lepas tu RTB.Berkemungkinan dalam masa jarak 8-9 bulan kita akan beroperasi balik di tempat yang sama.Kita sering menggelarkan mereka Tentera Amerika atau Station Stores,tetapi kecekalan mereka akan disanjong tinggi.Untuk maklumat pada tahun 70an mereka ini dikerah mengikut negeri,Platoon yang dikerah mula-mula akan melaporkan diri di Pusat Kawalan Mks 2 Bgd di Ipoh.Selepas itu mereka akan dihantar ke Grik untuk menunggu Pl yang akan dibubarkan keluar dari kwsn Op untuk diberi Senjata SLR dan peralatan saperti pouches dan water bottles dan terus report kepada OC Komp Bn Regular yang membuat ops sebelum di tempatkan ke pos-pos kawalan.Alangkah terperanjatnya saya apabila diberitahu ada di antara mereka tidak pernah pergi latihan menembak,dan terpulanglah kpd OC untuki menyelesaikan masaalah ini.Dari pengalaman saperti inilah saya berharap kita jangan perkecilkan sumbangan mereka ini.Syukur Alhamdullih la ni mereka dah ada Bgd Simpanan di mana pucuk pimpinan atasan sahaja dari Regular tetapi kebanyakkan Pegawai Staf mereka adalah dari Peg Kerahan.Terima Kasih.TAAT SETIA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah tahniah.Tahun 70an masa LR TIMOR BARAT baru nak buat memang dark area.Tempat tu memang bahaya.Jentolak pun kena bom.Saya sempat tengok bangkai je.Trak askar pun pernah kena serang hendap. Korea yg kena culik tak tau macam mana.
      Situ memang banyak taik kominis.Nasib baik tak terpijak. SALAM VETERAN PERANG RAMD.

      Delete
  6. untung jadi tentera nie . kerajaan ambil berat sunggoh .

    ReplyDelete
  7. Skot,
    Masih terbayang-bayang lagi ADUKA [Gajah] di Temenggor,pagi-pagi dah report kat cook house.Untuk maklumat pada sesiapa yang ingin tahu,jika anda lalu jambatan di Banding sekarang.di bawah tu lah dulu duduknya satu Kg orang asli,Kg Banun.Di situ terdapat satu airstrip di mana ration tentera digugurkan dgn menggunakan pesawat Caribou.Terdapat juga satu Bn Tac Hq dan Gun Posn[3xLaras Meriam 105 mm].Seperkara lagi yang tidak bolih dilupa ialah jika di malam hari ada bunyi letopan selalunya disusuli dengan tempikan gajah,maka tahulah kita gajah tu telah terpijak booby trap.Kenangan Mengusik Jiwa.

    ReplyDelete
  8. sekarang senang sikit dulu susah banyak.Dari quater pergi kem 3 batu kayuh basikal je.Sebab tu ramai balik kampong awal.Lobeh baik naik basikal motong gotah tak keno kawat kilat kasut gosok baju kanji potong rambut tiap minggu cuci sonjata cuci longkang potong rumput jaga pintu depan belakang pengawal api jaga hutan jaga orang bawah .Lebeh baik bank jaga. SALAM BAI
    BAI

    ReplyDelete
  9. Lopeh tu sekarang kutuk kerajaan tak dapat pencen.Salam,Bai Bai

    ReplyDelete
  10. Aduhaiiiii..bila la nak aman ...huhuhuhu..syukur aku berpencen...aku no komen...tepuk dada tanya selera....

    ReplyDelete
  11. banyak lak bekas askar kat sini. salam skot semua..ramd ke rrd ke rgk ke wataniah ke semua pernah memegang senjata. kita bergerak dalam satu kumpulan. kecil atau besar. tiada istilah rambo didalam peperangan sebenar samada cw atau ciw mahupun urban warfare. saya hormat semua skot walaupun mungkin kita berbeza pandangan politik. walau berbelas tahun berlalu kenangan bersama semua anggota masih segar.

    ReplyDelete
  12. Askar Wataniah.... poraaaah. Lu tunggu sahaja tukar kerajaan lu tahu la itu tasik banding dalam ka surut..... hehehehheeh bird brain you have!

    ReplyDelete
  13. Hang ingat hang sorang je yg setia,askar lain tak setia.Potong hang punya pe pe pe pencen pasti hang setia akan jadi hang tak setia.Setia cari makan kot.

    ReplyDelete