Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Tuesday, 18 December 2012

FAKTA MENARIK MENGENAI JASA ATM DI AFGHANISTAN (MALCON - ISAF) - ANDA PERLU TAHU !!!


Tahukah anda bahawasanya....
1. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Bamyan, Afghanistan setakat ini telah melatih lebih 2,600 rakyat negara itu dalam bidang kesihatan.
2. ATM telah melatih 1,268 anggota Polis Nasional dan Tentera Nasional Afghanistan dalam penjagaan dan rawatan ke atas orang yang cedera atau terkorban dalam pertempuran serta 120 bidan dalam obstetrik dan protokal kecemasan neo-natal atau semasa kelahiran.
3. Menerusi MALCON – ISAF, jururawat dan pegawai perubatan dari 88 hospital telah memperoleh pengetahuan baharu daripada pegawai Malaysia mengenai bantuan pernafasan kardium dan protokol kecemasan lain manakala 1,172 petugas kesihatan komuniti menerima latihan dalam pentdabiran kesihatan dan pengurusan logistik.
4. MALCON – ISAF turut mendapat penerimaan baik di kalangan rakyat tempatan Afghanistan dalam mengendalikan program berkenaan kini telah menjadi contoh dan garis panduan popular bagi agensi dan masyarakat antarabangsa di sana.
5. Kuala Lumpur (ATM)  secara rasminya dipelawa oleh kerajaan Afghanistan pada 2010 untuk menyertai usaha pembinaan semula negara itu yang musnah akibat perang, bersama-sama dengan rakan seperti AS, New Zealand dan Australia.
Selain itu....
6. 200 anggota tentera Malaysia telah berkhidmat di Afghanistan, menyalurkan bantuan kemanusiaan, khususnya bantuan perubatan.
7. Anggota MALCON-ISAF yang berada di Afghanistan ketika ini adalah pasukan yang kelima.
8. ATM diberikan mandat oleh kerajaan untuk meneruskan misi kami sehingga 2014 selaras dengan pelan peralihan yang digariskan oleh masyarakat antarabangsa.
9. Tumpuan awal MALCON – ISAF iaitu memberikan perkhidmatan kesihatan (oleh kumpulan MALCON 1) kemudiannya bertukar kepada pembangunan kapasiti dalam sektor kesihatan dari MALCON-ISAF 2 dan seterusnya demi untuk faedah jangka panjang penduduk di Bamyan.
10. MALCON – ISAF turut dibantu oleh New Zealand, Australia dan Amerika Syarikat dari segi bantuan Logistik dan Teknikal.
11. Beliau berkata perbincangan dan dialog berterusan dengan rakan dan rakan kongsi dari negara-negara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) juga amat penting dan bermanfaat.
Ada lagi...
12. Kol (Dr) Kamal Abdullah telah mengetuai pasukan pergigian MALCON-ISAF 3; Mejar (Dr) Mohd Arshil Moideen yang mengetaui pasukan kesihatan awam MALCON-ISAF 2; dan Mejar (Dr) Mohamed Zaki Mohamed Mokhtar yang mengetuai pasukan kesihatan awam MALCON-ISAF3.
13. Kol (Dr) Kamal memainkan peranan dalam membangunkan program latihan pasukan pergigian di Bamyan yang berjaya melahirkan lapan juruteknik pergigian setakat ini manakala Dr Mohd Arshil membantu membangunkan program pembinaan kapasiti kesihatan jangka panjang bagi semua pasukan MALCON-ISAF.
14. Program berkenaan meliputi penambahbaikan tadbir urus kesihatan, kualitiair, panel kuasa solar, kesihatan ibu dan anak, penyakit berjangkit dan kawalanwabak dan inisiatif-inisiatif kesihatan masyarakat jangka panjang yang lain.
15. Dr Mohamed Zaki pula diiktiraf bagi peranan beliau dalam melaksanakan program-program jangka panjang yang digariskan oleh MALCON-ISAF 2.

10 comments:

  1. Alhamdulillah...
    'Harimau Berantai' dipandang comel dan cantik diluar sana.

    ReplyDelete
  2. Cerita diatas aku cuma boleh dengar. Percaya 45% sahaja sebab aku belum pernah kesana. Insyaallah 2013 mungkin aku nak lihat sendiri. Tapi drp cerita yg aku dengar semasa di Pakistan, tidak lah sehebat yang dipaparkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lu pnya Pakistan cerita 100% langsung gua tak percaya...ke lu dengar dari bhai pakistan jual karpet?

      Gajus utara.

      Delete
    2. Tertarik gak kenyataan anda tentang Pakistan. Bila dan di mana? Ikut Tim MASMEDTIM ke atau "GERAKAN LAIN"...... Tolong cite sikit.... macam menarik lak saudara.... Tq

      Anticilabai@gmail.com

      Delete
  3. Jgn sembang jer..
    Bukti kn...jgn nk buat huru hara kat blog org...last2 pkai nama anon...puiii
    Bg la,link blog hang
    Aku nk folo blog hang betui ke x hang pi...

    ReplyDelete
  4. Tentera Malaysia nak repair peluru tak keluar dari meriam pun antar ke india... puak2 Malabar pakai selipar ja yg boleh buat. Kah Kah Kah uhuk uhuk uhuk...

    ReplyDelete
  5. Kepada para lanchau yg tak reti nak respect dan merasa jasa
    pahit maung bro tentera kita...
    Gua bg advise..lu org cari negara lain utk lu hidup.
    Anjing pun tahu nak kenang jasa.

    ReplyDelete
  6. Jasa Malcom dikenang oleh saya sebagai rakyat Malaysia, ATM jaga adap jaga displin jaga akidah dan jaga rakyat kita dan luar maka Allah akan jaga ATM dan kita semua, insyallah.

    ReplyDelete