Selamat Datang Ke Laman Blog Askar Setia

Pembaca Tegar

Thursday, 10 January 2013

ALHAMDULILLAH... RM1000 SVTB1M AKAN DIBERI ESOK (JUMAAT, 11 JAN 12)


Seramai 3,000 pesara tentera tidak berpencen bakal menerima bayaran bantuan kewangan RM1,000, Jumaat ini. Pembayaran One-off itu akan dilancarkan di Bagan Datoh, Hutan Melintang, Perak yang dijangka akan disempurnakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 


Mengapa dilancarkan di Perak? 

Mereka yang bakal memperoleh bantuan kewangan itu veteran tentera tidak berpencen dan sudah mengemukakan butir diri. Kebanyakan penerima bagi fasa ini menetap di sekitar Perak.  Selepas ini, pemberian bagi fasa seterusnya akan diperluaskan di lokasi seluruh negara bermula 13 Januari ini. 

Pemberian hanya sekali sebanyak RM1,000 kepada veteran tentera tidak berpencen itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2013 pada Oktober lalu.  Sehingga kini ada kira-kira 240,000 veteran tentera tidak berpencen di seluruh negara. 

Katanya, dianggarkan 180,000 daripadanya masih belum mendaftar untuk bantuan terbabit.  Inisiatif kerajaan ini perlu direbut oleh golongan berkenaan kerana wang yang diterima berupaya membawa manfaat, khususnya dalam meringankan beban belanja bekas tentera yang tidak mempunyai pendapatan. 

Kepada mereka yang belum memohon untuk mendapatkan bantuan kewangan ini supaya berbuat demikian pada majlis berkenaan atau menghubungi pejabat Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen (PVTTBM) di talian 06-6015979 atau 06-6015980 atau 019-3187898.

Borang SVTB1M telah diedarkan di kesemua pejabat JHEV seluruh negara dan 82 Pusat Sehenti milik tentera secara percuma dan veteran yang layak termasuk bekas anggota ATM, angkatan sukarela di bawah ATM, Force 136, bekas tentera British dan Sarawak Rangers. 


Kenyataan lanjut rujuk di SINI

Sudah terlalu banyak insentif dan kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan demi membuktikan janji-janji mereka untuk membela nasib bekas tentera terus terbela. Cuma rata-rata permasalahn yang sering kita dengar ialah apabila individu itu sendiri tidak berbuat apa untuk memperoleh kemudahan tersebut. Terdapat ribuan lagi bekas tentera yang layak untuk mendapat bantuan, namun tidak mengisi borang/mendaftar untuk pemberian RM1000 tersebut. Ironinya, mereka hanya menghentam dan mengkritik namun masih duduk bersila di kerusi malas dan tidak berbuat apa-apa.

Lebih menyedihkan, sudah pasti akan ada corong-corong radio buruk (saya maksudkan mulut-mulut busuk) yang mengkritik pemberian RM1000 sebagai itu lah..sebagai inilah...Atau kata mudahnya:

 BERI SALAH...TAK BERI PUN SALAH...



45 comments:

  1. mama sy bekas askar jugak,tp dia punya apa tah,dh hilang,so,xdapat la isi borang.sj bgtau.ehhee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu buku perakuan,mama awak boleh pegi mindef utk dapatkan salinannya..pas tu g veteran,apa2 rujuk bahagian rekod dan pencen..,jgn tak ambik lak rugi la,itu kan pemberian one off.k usahakan kejap je bole dapat buku tu k.

      Delete
    2. kalau anak dia yg tolong amekkan kt mindef boleh?dia kt kedah nun..cian dia nak mai cni..

      Delete
    3. CUBA CALL DULU COZ TU TAK PASTI,

      Delete
    4. sama la...mak sy pn dpt jawapan yg mengecewakan, di sebabkan tiada buku perakuan perkhidmatan tu..kenapa dh ada kad pesara masih x di terima erk?? kecewa btul dia...

      Delete
  2. buku merah hilang no problem masih boleh. kalau nak memohon kad pesar boleh pergi kat jpn maju junction. on the spot dapat. pokoknya yg layakbtetap layak.

    ReplyDelete
  3. mne tpt mereka akan trime bantuan one off 1000 ni...ayah sy slh sowg penerima...tp xtaw lokasi penerimaan nya...law ley bgtaw tq...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila taip ayat-ayat anda menggunakan perkataan penuh bukan singkatan sms.

      Terjemahan bahasa SMS Cik Norzahirah Mod:

      Mana tempat mereka akan terima one off 1000 ni? Ayah saya salah seorang penerima, tapi tidak tahu lokasi penerimaannya. Kalau boleh, bagitahu. Terima kasih.

      Delete
  4. mne tpt mereka akan trime bantuan one off 1000 ni...ayah sy slh sowg penerima...tp xtaw lokasi penerimaan nya...law ley bgtaw tq...

    ReplyDelete
  5. Saudara/Saudari,
    Agak sedih membaca coretan Cik Norhazirah di atas dengan menggunakan Bahasa yang mengelirukan.Bagaimana orang hendak membantu beliau jika hendak memahami maksud masaalah beliau agak susah untuk difahami.Walaubagaimana pun sila pergi ke mana-mana Kem Tentera ,Inshaalah anda akan dibantu.Terima Kasih.

    ReplyDelete
  6. Mcmana yg msk akaun.bila pl dpt?sbb ms htr borang haritu ada bg no akaun bank.check bank takde msk pun?

    ReplyDelete
  7. patuh bagi rm2ooo yg masih hidup ,

    ReplyDelete
  8. Entah...saya siap bagi no akuan pun... Semua kekawan saya sampai sekarang tak dapat pun... Hari hari pergi bank cheak akuan... Kadang kadang tak tau mana satu tarikh sebenar duit tu nak di bank in.....

    ReplyDelete
  9. Entah...saya siap bagi no akuan pun... Semua kekawan saya sampai sekarang tak dapat pun... Hari hari pergi bank cheak akuan... Kadang kadang tak tau mana satu tarikh sebenar duit tu nak di bank in.....

    ReplyDelete
  10. Check balik dengan PVTTBM,mungkin salah isi borang dan banyak lagi sebab.Buat apa nak check di bank kalau ada kesilapan,dan kita mesti faham bukan kita saja yang memohon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah dalam sistem dah lulus.... Dah siap print lagi...kami pun di sabah juga.... Tapi terbaru dengar pulak.... Nak bagi pakai boucer lah pulak....dengar kata boucer akan sampai ke bahagian veteran di kk sabah....mana satu yang betul???? pakai boucer or bank!!!!... Tengok member dalam fb.... Di perak pakai boucer
      .

      Delete
    2. Takpa lah bayar pakai voucer pun en Harris. Mungkin ada benda yg depa tgh buat utk urusan pembayaran. Dalam kes mcm ni kita patut percaya apa yang govt cakap. sbb govt yang buat benda ni.

      Delete
    3. Saya sokong en haris..saya dari awal buka da mohon..tapi sampai sekarang tidak dapat sebarang surat.ada yang pergi bersama saya di jhev medan tunku da terima surat..ada yang dapat sms suruh pergi trengganu ambil voucher bantuan oneoff..susahlah mcm ni.bukan semua orang boleh ke sana?mm la kita kena usaha,tapi nak ke sana perlukan modal,jadi kita kena fikir kesusahan orang lain.jangan fikir mudah saja.orang yang senang boleh la cakap..fikir lah kesusahan orang lain.

      Delete
  11. Bagi kami yg disabah ni bila tarikh pembayarannya?

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum bro..

    Mohon di pautkan blog saya ini ye..

    http://taipingcentral.blogspot.com/

    Semoga tali ukhuwah ter erat antara kita di alam maya..

    Anyway, sempoi blog bro.. Hebat..

    Tq bro..

    ReplyDelete
  13. Salam,
    Ada kelapangan sila layari website saya :
    www.saffanskot22.com (Copy dan paste pada search engine i.e google etc)

    Wassalam,
    ZAINAL ZAIN

    ReplyDelete
  14. Tgk dalam internet...dah lulus....tapivkami di sabah nie tak dapat lagi...g cheak kat bank tak ada pun.... Skrg nak tau...pembayaran tu sebenarnya nya guna akuan yang kami bagi atau guna BOUCER????. Tolong jelaskan.... Kami dah penat menunggu.... Duluvkat borang minta no akuan....

    ReplyDelete
  15. Betul kata en Harris Standby. Permohonan saya dalam sistem pun dah lulus jugak. Bila sebut pasal LULUS maknanya apa-apa permohonan pun yang kita buat kat Malaysia ni semuanya telah disemak dan diakui kebenarannya. Harap pihak yang bertanggungjawab terutamanya JHEV ATM dapat menyenaraikan tarikh-tarikh pembayaran dalam portal rasmi JHEV ATM. Takdalah timbul masalah hari-hari pergi bank untuk semak duit dah masuk ke belum. Sekadar pandangan.

    ReplyDelete
  16. nak dapat punya la susah, tk dapat rugi.sabar je la.itu semua rezeki,nk dapat kenala usaha sikit.rezeki tk kan dtg bergolek .

    ReplyDelete
  17. semoga usaha kalian semua berhasil.Bila dh dapat jadilah manusia yg mangenang budi.

    ReplyDelete
  18. Skot,
    Kalau kita berusaha,lepas tu berdoa dan tawakal InshAllah ia nya akan dimakbulkan.Rezeki di tangan Allah.Kalau ianya memang rezeki kita,nescaya ianya tidak akan ke mana.Salam

    ReplyDelete
  19. Sometimes responses honest safe music downloads will be challenging to
    confidence however there’s a lot of suitable as well as valuable
    tips the following. People that publish this data need to be thanked.
    Here is my web-site ... Instant Auto Insurance

    ReplyDelete
  20. Kata dapat 11 jan.. Tapi skg dah 24 jan...x dapat juga...

    ReplyDelete
  21. tunggu selepas pilihanrya baru dapat

    ReplyDelete
  22. Tak rasa le gamaknye

    ReplyDelete
  23. Danish Uzair Bukhary · Works at Maxis
    Apa sebenarnya yang saudara ingin dan cuba ketengahkan? Adakah luahan saudara diketahui oleh semua pemaksud yang dimaksudkan? Kami pembaca dari luar ingin juga membaca isi ketidak puasan hati para penulis blog yang sering meluahkan perasaannya di dada media maya seperti ini. Adakah kita menggunakan medium yang betul untuk menunjukkan ketidakpuashatian kita tanpa pemaksud sebenarnya mengetahui apa yang pperlu dan patut diketahuinya? Sabarlah saudara yang budiman, insyallah ada kemanisan disebalik kepahitan yang dirasai.
    Reply · · March 6, 2012 at 1:37am

    ReplyDelete
  24. Azman Ab Karim
    kekecewaan bole menjaadikan seseorang itu 'pengganas', kecewa kerana tidak mendapat sesuatu di dalam perkhidmatan akan menjadikan seseorang itu menggunakan apa sahaja cara untuk melantun balik. setiap kali mereka melantun mereka akan mengatakan org ini salah, org itu salah, organisasi ini salah, kerajaan ini salah tanpa melihat diri mereka sebenarnya yang melakukan kesalahan, mmg lumrah manusia tidak akan mengaku mereka yang melakukan kesalahan mereka lebih senang menjadikan organ lain kambing hitam supaya mereka akan sentiasa dilihat bersih dan dianiaya, mgkn pada setengah org ia akan mudah dipengaruhi tetapi jika individu mula membuat kajian samada bertanya dengan kawan-kawan lama benarkah begitu ' persekitarannya' atau ia hanyala h dongeng maka pastinya org akan tersenyum sinis. sbb itu la the best utk membaca isi hati seseorang ialah 'face to face communication' supaya kita bole baca facial expression seseorang....kita akan sukar utk ditipu jika kita berhadapan dan bertanya cerita sebenar.....wallahualam.
    Reply · 9 · · Novembe

    ReplyDelete
  25. ALHAMDULILLAH... RM1000 SVTB1M AKAN DIBERI ESOK (JUMAAT, 11 JAN 12)

    Seramai 3,000 pesara tentera tidak berpencen bakal menerima bayaran bantuan kewangan RM1,000, Jumaat ini. Pembayaran One-off itu akan dilancarkan di Bagan Datoh, Hutan Melintang, Perak yang dijangka akan disempurnakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

    ReplyDelete
  26. PARLIMEN : BANTUAN SEUMUR HIDUP KEPADA PESARA TENTERA,ISTERI DAN ANAK SEUMUR HIDUP.

    ReplyDelete
  27. Terima kasih banyak-banyak kepada kerajaan. Harap agar bantuan ini akan dikekalkan setiap tahun. Bukannya apa, sekurang-kurangnya dapat meringankn beban pesara yang tidak berpencen dalam membuat persediaan menjelang sesi persekolahan pada setiap tahun. Maklum sajalah bila buka sekolah, dapat seratus untuk seorang anak tapi perbelanjaan yang harus dikeluarkan lebih seratus bagi seorang anak. Kerajaan baru beri seratus, yuran pula berbagai-bagai. Dapat sedikit keluarnya pula banyak.

    ReplyDelete
  28. salam..bila membaca semua komen di atas rasanya terpanggil utk menegur sesetengah komen yg hanya ada perasaan luahan kebencian, tak pnh rasa bersyukur atas pemberian kerajaan. kalau kerajaan kata nak bagi bantuan..sabar la sikit. awat hampa ingat senang ke? lps perkataan terakhir PM kata nak bg seribu..adakah lps tu RM1000 terus masuk kocek? bodoh punya mentaliti. kalau dah rasa selalu nak kutuk krj aja lbh baik jgn minta. jgn isi borang. jangan buat buku bank. bg yg tak ada akal, sumbangan itu bukan wajib dr kerajaan. dia bagi pun tak apa tak bg pun tak salah. bila kerajaan kata nak bg..itu dah ikhlas...tunggu aja la.kalau tak sabar p balik negeri pembangkang minta seribu kat depa. kdg2 terfikir tak malu ke makan duit sumbangan kerajaan bila dah terima..kalau dah dok kata krj tak ikhlas..

    ReplyDelete
  29. Dah diluluskan tapi tak dapat surat dimana lokasi nak ambil vocher rm1000 tu. Dah 6hb mac 2013 tak ada berita pun, pening kepala.

    ReplyDelete
  30. macam mana dengan bekas tentera yg tidak berpencen.misal nya berhenti diatas para 49 l.macan saya ne.adakah tidak layak menerima rm 1000 itu.apakah perhikmatan selama 15 thn itu tidak di hargai oleh krajaan.yg saya tahu pm pernah berkata .bekas tentera yg tidak berpencen saja layak menerima.knpa sampai di bekas perajurit di tapis tapis.keluhan bekas tentera yg berhenti di atas para 49 l.minta pm mempertimbangka permintaan kami ini.

    ReplyDelete
  31. Noridah Abd Rahman14 March 2013 at 20:29

    semak kat sini http://www.jhev.gov.my/svtb1m

    rasanya dah bankin

    ReplyDelete
  32. Sy bru cek yg suami sy,bru hari ni diluluskn.adakah duit tu bankin terus?

    ReplyDelete
  33. dah cek untuk pihak suami.kata dalam proses.tak tahu la brape lama lg nak kena tunggu.sedangkan dh bape bulan berlalu.

    ReplyDelete
  34. saya ingin bertanya...kalau nak mohon sekarang nie boleh x.....sebab abang saya tak tahu macam mane nak mohon...lagi pun macam-macam dokument yang di minta...macam mane ek...sekarang boleh mohon lagi ker?

    ReplyDelete